Merahkan bibir secara alami


Assalamualaikum Love!
Korang tahu tak sebenarnya pakai lipstik tanpa oles lip balm, boleh buatkan bibir gelap, merekah dan kering? Kadang tengok juga lip balm yang korang beli kat pasaran tu. Kakbell pun was-was tau, tak semua lah bahaya tapi kita tak tahu macam mana ia diperbuat. Kakbell rasakan better kita buat sendiri lipbalm tu. Nnati kakbell share resepinya ya, sambil tu kakbell citer dulu bahan simple yang boleh cantikkan lagi bibir. 

Memerahkan bibir akhir-akhir ini menjadi perbincangan penting buat para wanita. Dengan bibir yang merah merekah pasti menambah kesan seksi. Namun untuk mendapatkan bibir yang merah merona tidak semudah menghembuskan nafas, sebab kebanyakan wanita yang bibirnya merah itu dibantu oleh lipstik dan alat kosmetik. Kalau begitu, adakah anda ingin bergantung kepada alat kosmetik sahaja?
1. Madu
Selain bagus untuk kesihatan tubuh, madu juga dapat memerahkan bibir anda secara semulajadi. Usapkan madu ke bibir setiap hari secara rutin. Biarkan 15 minit, kemudian cuci dengan air hangat. Ataupun boleh dibiarkan di bibir sepanjang malam dengan menyapu ke bibir setiap malam sebelum tidur. Ini memang menjadi kakbell dah try, sapukan muka pun jerawat semua kecut!.

2. Limau nipis
Limau nipis selain dapat digunakan untuk menghilangkan jerawat, limau nipis merupakan salah satu cara memerahkan bibir. Limau nipis dapat memudarkan warna hitam pada bibir. Siapkan air perasan jeruk nipis sebanyak 2 sudu dan air suam 2 sudu. Campurkan air perahan limau nipis dan air suam, dan campurkan. Sapu ke bibir anda dan biarkan 10-15 minit. Bilas menggunakan air suam.

3. Minyak zaitun
Campurkan madu atau gula dengan beberapa titis minyak zaitun. Usapkan campuran minyak zaitun tersebut pada bibir anda. Tunggu dan bilas dengan air bersih. Kakbell suka lumur minyak zaitun kat badan sebelum tidur, sebijik cam rupa orang minyak dah. 

4. Air mawar
Air mawar dapat membuat bibir merah tanpa menggunakan lipstik. Usapkan air mawar pada bibir sebelum hendak tidur. Cara menggunakan air mawar ini dapat dilakukan setiap hari.

5. Tomato
Caranya ambil tomato lalu usapkan buah tomato ke bibir secara rutin. Penggunaan secara rutin akan memberikan kesan yang lebih maksima.

6. Lidah buaya
Ambil gel lidah buaya lalu usapkan ke bibir. Ingat ye perlu dilakukan secara rutin baru akan nampak kesannya.

7. Kunyit hidup
Kunyit yang merupakan tanaman rempah-ratus, juga memiliki manfaat untuk cara memerahkan bibir. Campurkan kunyit dengan 1 sudu susu. Campur sampai rata dan usapkan ke bibir selama kurang lebih 5 minit, dan bersihkan dengan air.

8. Hindari amalan jilat bibir

Kebiasaan seperti ini dapat menyebabkan bibir menjadi lebih cepat untuk kering dan terlihat pucat. Hal ini kerana enzyme yang terdapat dalam air liur akan menghakis permukaan bibir. Maka warna bibir yang merah akan memudar. Alangkah baiknya untuk menghindari kebiasaan menjilat bibir.

9. Jauhi kafein
Jauhi minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan tinggalkan kebiasaan merokok. Hal ini kerana kandungan nikotin yang terdapat dalam rokok dapat membuat bibir menjadi hitam. Melakukan diet sarat vitamin dapat menjadikan bibir menjadi merah dan muka tampak segar. kakbell seorang coffee lover, sorry kakbell tak boleh skip part nih hehe. Korang jangan ikut kakbell ya, babap kang. 

10. Air masak

Banyakkan meminum air masak supaya badan tidak dehidrasi. Ia juga dapat meningkatkan kesihatan kulit dan memerahkan bibir secara semulajadi.

psst: semoga ianya membantu anda. Kalau nak bibir lembap dan extra pink boleh klik SINI

Comments

Disclaimer : The materials and the information contained in this blog are provided for general and educational purposes only and do not constitute any legal, medical or other professional advice on any subject matter. None of the information on our videos is a substitute for a diagnosis and treatment by your health professional. Always seek the advice of your physician or other qualified health provider prior to starting any new diet or treatment and with any questions you may have regarding a medical condition. If you have or suspect that you have a medical problem, promptly contact your health care provider.