Kebaikan memakai toner

Assalamualaikum wbt.

Pentingkah penggunaan toner pada wajah? Saya terima banyak sangat pertanyaan macam mana nak bagi muka sentiasa glow walaupun tanpa make up, glowing from the inside. Sebenar-benarnya nak cantik tak perlu beli produk pun. Buat sendiri pun boleh. 

" If anda rajin, semuanya jadi "

Khas untuk orang yang rajin macam saya "cehh, DIY toner sangat senang. Bahan-bahannya adalah: 

1) Air Suling
2) Minyak Zaitun Dara (Virgin Olive Oil)

Cara membuat DIY toner : Mix kan semua bahan tu, goncang-goncangkan dan SIAP! bukan susah pun. Kalau tak ada Minyak Zaitun boleh ganti kan dengan Virgin Coconut Oil. Selain itu toner buatan sendiri ni boleh digunakan sebagai 'makup remover', 2 in 1, jimat duit.

" Nak cantik muka licin halus mulus pakai toner, wajib. "


KEBAIKAN MEMAKAI TONER :

1) Imbang PH kulit 

Setiap sabun ada PH yang berbeza-beza, Sebab itulah adanya banyak jenis sabun. Sabun cuci baju, sabun badan, sabun basuh pinggan dll. Perbezaan setiap sabun adalah tahap kandungan PH tu, sabun badan ada PH tinggi sebab nak cuci keladak kat badan tu, sabun badan tak sesuai untuk wajah. Lama kelamaan akan terhakis dan merosakkan wajah anda. 

Lambakan produk kat pasaran sekarang ni membuatkan para wanita jadi rambang mata tak tahu nak beli mana satu, tu yang beli je tanpa periksa kandungan bahan dalam produk kecantikan. 

Jadi, toner ni penyelamat pada wajah kita, dia akan seimbangkan PH kulit kita. 

2) Mengecilkan liang pori

Liang pori terbuka ni macam kawah lubang bekas jerawat tu, tanpa toner macam mana nak tutup. Selalunya pori terbuka ni macam kulit artis atau pun yang selalu make up tebal. Sebab tu bila pakai foundation smooth cantik je kulitnya kan, bila tanggal make up " tanjat gugurl tau " heks

3) Memberi kelembapan pada kulit wajah

Pernah rasa selepas cuci muka, kulit rasa kering dan menarik? Itu sebab segala sebum minyak dah dibersihkan dengan sabun, kalau yang kuat PH nya tu akan terasa kulit menegang perit, pakai toner selesai masalah, Insya Allah.

4) Melicin dan menghaluskan kulit

Ini je caranya, ada yang nak licin punya pasal guna produk " peeling " adoi, jangan pentingkan diri sendiri nak cantik tau. Kesian kulit muka tu nak pakai lama kan. Konsisten pakai toner hari-hari selepas cuci, " see the results. 




Nota tambahan : Kulit berminyak,pori terbuka dan kerap berpeluh anda wajib pakai toner.

Jumpa di next entry :)


Assalamualaikum. 

Comments

Disclaimer : The materials and the information contained in this blog are provided for general and educational purposes only and do not constitute any legal, medical or other professional advice on any subject matter. None of the information on our videos is a substitute for a diagnosis and treatment by your health professional. Always seek the advice of your physician or other qualified health provider prior to starting any new diet or treatment and with any questions you may have regarding a medical condition. If you have or suspect that you have a medical problem, promptly contact your health care provider.