Pentingkah penggunaan serum?



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera uolls.. 


Wajah nampak kusam dan tidak bermaya?
Adakah anda pernah mencuba serum untuk wajah?


Ada banyak perkara yg boleh menyumbang kepada penuaan kulit wajah. Selain faktor usia, pencemaran udara dan panas sinaran matahari juga boleh merosakkan sel-sel kulit wajah. Selain itu, mencuci wajah juga boleh membuatkan kelembapan semulajadi hilang. Apatah lagi apabila menggunakan pembersih muka yg kurang sesuai dgn kulit wajah. Untuk mencegah dan mengatasi sebaiknya kerap menggunakan serum wajah.

Umumnya sel-sel kulit mampu melakukan regenerasinya sendiri. Namun seiring dengan pertambahan usia proses regenerasi menjadi lambat. Untuk mempercepatkan proses regenerasi agar kulit kekal lembab berseri, perlu memakai serum wajah secara rutin.

Tetapi tidak ramai wanita yg menggunakan serum, memandangkan harga serum rata-rata lebih mahal jika dibandingkan dengan produk rawatan kulit lain.

Tahukah anda walaupun harganya agak mahal tetapi manfaatnya lebih baik daripada moisturizer. Serum mempunyai daya kerja lebih kuat kerana tekstur bahannya lebih cepat meresap dan membantu meningkatkan produsi kolagen pada kulit wajah.

Selain itu, kandungan moisturizer berguna melembabkan bahagian luar kulit. Manakala tugas serum bukan di permukaan saja sebaliknya sehingga ke lapisan kulit paling dalam.

Pilih serum yg mengandungi 'glicane' kerana ia berupaya membuatkan kulit menjadi lebih tegang, halus dan sihat.

Jika anda wanita yg gemar bersolek, serum sangat penting untuk membuatkan kulit wajah kelihatan flawless ketika tidak menggunakan makeup.

Sebaiknya guna serum pada pagi hari sebelum menggunakan moisturizer dan malam sebelum tidur untuk mengaktifkan sel-sel kulit dari dalam.

Pemakaian serum wajah secara rutin untuk jangka masa panjang akan membuatkan wajah jadi lebih lembab, menghaluskan tekstur kulit dan menyamarkan noda-noda hitam pada wajah. Bahkan tanda-tanda penuaan pada wajah perlahan-lahan akan pudar. 




Comments

Disclaimer : The materials and the information contained in this blog are provided for general and educational purposes only and do not constitute any legal, medical or other professional advice on any subject matter. None of the information on our videos is a substitute for a diagnosis and treatment by your health professional. Always seek the advice of your physician or other qualified health provider prior to starting any new diet or treatment and with any questions you may have regarding a medical condition. If you have or suspect that you have a medical problem, promptly contact your health care provider.