Kebaikan penggunaan Scrub


Hello Gurlz!
Pernah tak anda merasa kurang keyakinan diri terhadap penampilan wajah dan tubuh badan?

  • Kulit bahagian perut dan betis merekah dan permukaan kulit kasar
  • Wajah berjerawat kasar
  • Kulit bersisik
  • Badan berjerawat
Kadang-kadang kita tidak perlu berbelanja besar untuk dapatkan kulit selembut dan sehalus bayi. Pergi serbu dapur anda ada tak bahan-bahan yang boleh dibuat SCRUB tubuh dan wajah, seperti :-
  • Gula
  • Garam Laut
  • Minyak Zaitun
  • Serbuk Koko
  • Kopi
Ada kan? Jadi buat apa berbelanja besar untuk membeli skincare yang belum tentu BERKESAN dan SELAMAT. 


Mari saya ceritakan sedikit kebaikan penggunaan sbrub yang berterusan.
  1. Sekali pemakaian sahaja kulit sehalus selembut-lembutnya.
  2. Kulit akan kelihatan cerah, sebab dak-daki yang berkepok lama tu keluar.
  3. Parut lama akan memudar.
  4. Wajah akan bebas blackhead dan whitehead.
  5. Memberi kelembapan berkekalan.
  6. Menghindar kulit daripada kering.
Sabun yang kita gunakan belum tentu segala kotoran itu keluar, bila tak keluar mulalah badan rasa miang, jerawat tumbuh, kulit bersisik dan akhirnya meninggalkan parut. 

Penjagaan badan perlu lebih terperinci, jangan hanya utamakan kecantikan dan kemulusan kulit wajah sahaja, badan pun sama pentingnya, malah dengan penggunaan scrub badan akan sentiasa bau harum. Tiada lagi bau badan. 



Pemilihan sabun yang TEPAT juga penting di entry ini saya ada menceritakannya :-
  • Membezakan sabun untuk WAJAH dan BADAN
  • Sabun yang sesuai untuk PARUT LAMA dan Gelap di bahagian terlindung
  • Sabun pilihan ramai

Comments

Disclaimer : The materials and the information contained in this blog are provided for general and educational purposes only and do not constitute any legal, medical or other professional advice on any subject matter. None of the information on our videos is a substitute for a diagnosis and treatment by your health professional. Always seek the advice of your physician or other qualified health provider prior to starting any new diet or treatment and with any questions you may have regarding a medical condition. If you have or suspect that you have a medical problem, promptly contact your health care provider.